Saturday 4 July 2009

Kandang Kambing

Menarik gak klu di cat cam nie







Thursday 2 July 2009

Nak ternak kambing? kandang macamana? kosnya?…

Dengan beberapa respons yang saya dapat dari teman-teman seperjuangan banyak persoalan timbul yang masih bermain di fikiran mereka. contohnya kalau nak ternak kambing macamna?..mana nak cari modal buat kandang?..dan pelbagai lagie…

sebenarnya perkara nie kita kena mempertimbangkan dengan fikiran terbuka…tak semua on paper yang tu sama dengan realiti di luar. Kekadang kita terbaca yang mengatakan modal mereka untuk “set-up” kandang sampai RM 50,000-RM 100,000. Saya akan cuba memecahkan kebuntuan bagi mereka yang baru atau ingin bermula menceburkan diri dalam penternakan kambing.

Pertamanya..apa matlamat permulaan kamu..secara kecil-kecilan?sederhana?komersial..kalau kita baru belajar dan ingin bermula dari bawah usahakan dengan modal yang kecil dahulu contoh baik boleh lihat kat sini:

http://missiontothetop.blogspot.com/2006/09/kemajuan-projek.html

http://missiontothetop.blogspot.com/2006/10/kos-kandang-bersaiz-100-p-x-24-l.html

jadi disini kamu boleh berlatih dahulu bagaimana nak mengurus sesebuah kandang kambing dan keperluannya. Kandang yang dibina tak perlu kandang yang besar…boleh lihat contoh di link di atas. Kemudian pastikan bahawa design kandang tersebut boleh di”extend” atau boleh disambung pada masa akan datang. Kos juga boleh dikurangkan dengan mendapatkan sumber bahan binaan (kayu,papan) terpakai. Jikalau pengusaha boleh mendapat tenaga kemahiran untuk membina kandang lagi bagus..tak payah nak upah orang…so kos untuk “setup” kandang kambing boleh dikurangkan….bak kata sahabat aku “kalau buat kandang kambing dengan emas pun…kalau kambing tak nak dok kat situ…tak guna juga…perabis duit”. So yang penting kandang tersebut adalah mengikut spesifikasi yang diperlukan tetapi dengan sentuhan kreativiti pengusaha itu sendiri.

Sumber:http://jutawantani.wordpress.com

................................................................................................

Projection Intial Investment untuk 100 boer pedaging bukan baka!

kos kandang = 20,000 Sekali je
kos Kambing = 45,000 Untuk 100 anak Kambing boer pedaging
Kos Makanan= 5,000 ni kalu mmg nak kasi gemuk kaw2 untuk 3 bulan
Kos Operasi = 5,000 ni maksimun untuk 3 bulan ( Tapi biasa nya lam 4,000 jer, yg belen tu kira contigency cost untuk ubat lah.

Total cost = 79,000
Jualan = 35,000 pada bulan ketiga atau keempat bergantung pada ketereran anda mengemukkan depa.

Break even lam masa 1 1/2 tahun to be prudent.

Anak boer yg masuk tu umur 3 bulan atas baru lepas cerai susu and berat cuma 15kg jer. Mmg kecik tapi ni boer ni spek pedaging bang..kejap jer besar tu kalu kasi makanan yg betul dan jagaan yg betul.berat anggaran pada bulan ketiga adalah melebihi 38kg..biasa 40kg atas

Mortality rate yg standard adalah 4%..lebih kalu kira ada yang tak kena lah..

Tu kira assumption yg i buat bedasarkan pengetahuan sendiri. Ia mungkin berbeza dari yg betul bergantung pada cara dan strategi. Daging boer ni kalu ex farm harga lam rm18-20 sekilo. Retail price lam RM35-40 pasal kategori chevon..daging muda, high quality, kolestrol lebih rendah dari daging, lembut,tarak bau dan bla..bla..bla..

....................................................................................

Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Saya pernah lihat satu projek yang membuat kandang kambing tetapi saya rasa penternak tersebut terlalu menggunakan banyak kayu. Seorang penternak ditempat saya menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing.
Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;


4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Papan Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)
Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.
Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.